Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

22.6.08

Buku Sasterawan



Setitis Embun Semarak Api – Shahnon Ahmad
Cetakan Pertama 2006.

Setitis Embun Semarak Api (SESA), sebuah memoir karya Sasterawan Negara Dato’ Profesor Emeritus Haji Shahnon Ahmad. Shahnon Ahmad sasterawan yang amat hebat dalam perkaryaannya. Daya penciptaan, daya kreatifnya amat dikagumi.

Dalam (SESA) Shahnon Ahmad bercerita dengan cukup jujur tentang karya-karya yang pernah dihasilkan. Bagaimana proses kreatif dan pencetusnya. Dalam bab 8 (Seronoknya Beristeri Empat) Shahnon bercerita tentang konsep poligami dalam Al- Arqam yang pernah dianggotainya selama hampir 4 tahun dan kemudiannya diharamkan oleh kerajaan. Keadaan ini telah membolehkan beliau melahirkan novel Tok Guru dan Ummi dan Abang Syeikhul. Sebuah garapan yang mendukung persoalan poligami. Dengan membacanya saya sedikit sebanyak dapat memahami konsep poligami yang diamalkan dalam jemaah Al-Arqam.

Karya beliau dalam Detik-Detik Diri di Daerah Daif (DDDDDD) terbitan DBP juga saya baca. Juga amat menarik untuk dibaca dan ditafsir pemikiran seorang sasterawan.

The Malaysian Laureate- Muhammad Haji Salleh
Cetakan Pertama, DBP 2008.

Yang menjadikan buku ini lebih istimewa kerana ianya dihadiahkan sendiri oleh penulisnya, Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh. Seorang ilmuwan yang amat saya kagumi dalam bidang puisi.

Buku ini mengandungi ucapan penerimaan Anugerah Sastera Negara Malaysia tahun 1991, Ucapan penerimaan Anugerah Sea Write tahun 1997, puisi- puisi dalam bahasa Melayu yang turut diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, Jerman, Jepun, Mandarin, sepanyol dan Thailand. Esei dan juga penglibatan Sasterawan Negara ini dalam kegiatan kesusasteraan tanah air dan antarabangsa.

Sekadar menyalin beberapa yang penting dari penglibatan beliau yang luas itu:

Ogos 1995- Mac 1999 - Profesor, Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM
Jun 1999- Mei 2000 - Fellow, Center for South East Asian Studies, University Of Kyoto, Kyoto.
2002-2007 - Profesor Pusat Ilmu Kemanusiaan
2006-2007 - Felo Penyelidikan, Harvard-Yenching Institute.

No comments:

Arkib