Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

6.4.08

Sekeping Gambar, Sejuta Kata

Sekeping gambar boleh ditafsir dengan sejuta patah perkataan. Malah mungkin lebih. Demikian kuasa sekeping gambar. Kini dengan adanya laman fotopages, kita dapat berkreatif lagi dengan menafsir berbagai-bagai gambar yang dihasilkan oleh jurugambar amatur dan profesional yang menyajikan kita dengan penghasilan karya fotografi dari perspektif dan subjekyang pelbagai.

Sebagai penulis pula, elemen-eleman di dalam gambar boleh ditafsir dari berbagai-bagai sisi demi untuk melahirkan sebuah pemikiran dan proses kreatif. Sasterawan berkarya dengan pena, pelukis berkarya dengan berus dan warna, Jurugambar berkarya dengan lensanya. Semua ini adalah sebuah karya seni yang bernilai bagi yang tahu menilai.

Saya juga gemar mengambil gambar. Dengan kamera digital yang kecil sering ditertawakan oleh rakan-rakan. Tapi benar, kadang-kadang gambar dari kamera kecil juga mampu menghasilkan gambar yang baik juga, bergantung kepada hasil kreativiti jurugambarnya. Jika ada rezeki yang halal, ingin saya memiliki sebuah kamera digital. NIKON atau CANON jenama terbaik.


Sumber: http://analogi01.fotopages.com. Lain Warna



2 comments:

firdhaus hassan said...

salam.
setuju kerana estetika makna gambar bukan diukur melalui nombor siri kamera, harga atau jenama kamera tersebut.
apa yang ingin dinikmati adalah perasaan yang terkandung dalam gambar, rasa dan mesej yang ingin diberikan. terima kasih. wasalam.

firdhaus hassan said...

salam. blog saudara juga menarik untuk sering dilawati. terima kasih. wasalam.

Arkib