Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

15.2.08

Memburu Impian

Kujejak jalan yang berliku
Membara jiwaku memburu impian.

Kurenang lautan gelora
Biarpun tersadai di hujung dunia.

Akan kurempuhi segala rintangan
Biarpun rebah kubangun sendiri.

Akan kugenggam biarpun hitam
Menjadi milikku.

Ku mula dengan langkah ini
Menuju sinaran yang abadi.

Dm, C, B, Amaj,
Dm, C, B, Amaj,
G, Dm,C. Amaj,
G, Dm,B,C, Amaj,
Dm,C, B, Amaj, Dm.

Entah mengapa lagu nyanyian KAZA yang dinyanyikan semula oleh kumpulan KRISTAL ini amat menyentap perasaan. Padaku liriknya menggambarkan sebuah perjuangan diri . Gitar lama tak bersentuh. Setelah dapat chord lagu aku nyanyikan depan anakku yang berumur 4 tahun itu. (Kalau tak panggil pun, dia mesti datang bila dengar aku main gitar). Maka beriya-iyalah aku feel lagu tu. Sampai anakku berdiri tak bergerak-gerak… he..he…

“Ayah jadi Man Kidal.” Katanya.

No comments:

Arkib