Setelah menghabiskan peruntukan tahunan unit sastera yang berjumlah RM 120,000.00 dengan kegiatan-kegiatan munasabah berdasarkan Sasaran Kerja Utama (SKU), Pengarah saya Tuan Haji Mohamad Yussop Ishak, memberi keizinan kepada saya untuk cuti agak panjang. Dengan itu dapatlah saya pulang ke Johor dan Perak di samping berpeluang menghadiri kegiatan sastera yang lain di negeri-negeri yang berdekatan.
Antaranya dapatlah saya menjadi fasilitator MPR selama seminggu di DBPKL, Menyertai Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara (SAKAT) dan Hari Puisi Nasional ke 17 di Ayer Keroh Melaka serta mengambil Peperiksaan PTK di DBPKL. Dalam kegiatan-kegiatan itu saya dapat bertemu Pak Samad, Faisal Tehrani, Rahimidin Zahari Nisah Haron, Rahman Shaari, Rozninah Abd Azib, Jaafar Rahim, Mohamad Shaidan, Mohd Lutfi Ishak, Salina Ibrahim, Azmi Ibrahim, Saifullizan Yahaya, Khalid Salleh, Salman Sulaiman, Wan A. Rafar, Abham TR, Rusdi Abd. Rahman dan banyak lagi karyawan dan sasterawan. Semuanya banyak memberi ilmu dan pengalaman baharu.
Selepas itu, saya menyertai REWANG sempena majlis perkahwinan anak saudara. Rewang berlanjutan 2-3 hari juga dengan merebus telur, memasang balai, perihal hantaran dan baju pengantin dan segala macam lagi. Jumlah jemputan seramai 2500 orang amat memeriahkan walau dalam hujan lebat melanda Johor. Sebelum rewang, ada Yasinan yang dijayakan oleh seluruh penduduk kampung. Paling ditunggu apabila ada Yasinan ialah dapat merasa Nasi Ambang yang memang menyelerakan. Selain itu, pada hari langsungnya saya menjadi jurugambar pengantin. Seronok benar dapat membantu apa yang termampu dalam jarak kami yang jauh. Sebelah malamnya kami meyaksi tarian kuda kepang. Ada yang makan bara api, ada yang kupas kelapa dengan gigi dan macam-macam lagi.
Setelah selesai semuanya, saya pulang ke Perak menyediakan pula persiapan untuk pertunangan adik. Di Perak tiada Rewang. Aku membantu urusan tempahan makan, langsir dan apa juga yang perlu. Dalam hujan lebat dan banjir yang diberitakan melanda pantai timur saya dan keluarga berjaya sampai di Kelantan dengan selamat untuk menguruskan peruntukan perbelanjaan Sastera untuk 2008. Esok akan kembali pulang ke Perak untuk Aidil Adha dan menyempurnakan majlis pertunangan adik.

No comments:
Post a Comment