Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

3.11.07

TeaterSeberkasKunciBuatHartini

Bermula 2-3 November 2007 berlangsung Pementasan Teater Seberkas Kunci Buat Hartini (Mengenang Penyair T.Alias Taib dan Novelis Aziz Afkar) di Taman Budaya Kuala Ibai Terengganu Darul Iman. Anjuran DBP Wilayah Timur dengan kerjasama PELITA, Kerajaan Negeri Terengganu dan Pejabat Kebudayaan Negeri Terengganu. Skrip dan arahan saudara Abdul Mubin Ismail. Antaranya pelakon yang menjayakan Wan Hanafi Su, Pak Da (peserta Raja Lawak Astro) dan deklamator terkenal Saudara Maarof Seman RS.
Pementasan malam tadi mendapat sambutan yang amat baik. Saya juga amat terharu dengan kesudian beberapa orang rakan penulis di Kelantan yang telah memenuhi dewan pada malam tadi. Selepas pementasan mereka terus pulang ke Kelantan secara berkonvoi. Terima kasih atas komitmen kepada sastera dan budaya yang pastinya tidak tertafsir dengan wang ringgit.

No comments:

Arkib