Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

1.2.07

Kembara Bahasa



4 tahun berturut-turut aku menguruskan Kembara Bahasa Laluan Timur sebagai ketua setiausaha laluan. Laluan Timur bererti Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Biasanya sebuah negeri 15 buah kereta bersekali dengan peserta dan urus setia. 3 Negeri ada lebih kurang 45 buah kenderaan di atas jalan raya pada satu masa (Termasuk kenderaan pejabat SUK masing-masing) . Bayangkanlah konvoi yang panjang ini apabila melalui jalan berliku-liku dan berbukit bukau.

Ini sebuah peristiwa paling tragis semasa aku menguruskan kegiatan tersebut. Pada tahun 2003 laluannya bermula dari Pahang dan tamat di Negeri Pulau Pinang. Jalan yang dilalui untuk ke P.Pinang melalui Lebuhraya Timur Barat (LTB). LTB kepada yang pernah melalui bukanlah seperti Lebuh raya Utara Selatan. Jalannya berbukit-bukau dan bersimpang-simpang. Kepada yang tidak biasa jalan ini mungkin mengundang bencana.

Setelah kecelakaan itu berlaku, konvoi telah terbahagi 2. Kerana tiada liputan telefon konvoi pertama terus bergerak tanpa mengetahui bencana telah berlaku. Walkie Talkie pula sudah tidak boleh digunakan kerana jarak kumpulan kami ditinggalkan agak jauh. Kami sampai di Pulau Pinang kira-kira pukul 10.00 malam. 3 jam lewat dari waktu yang sepatutnya.

Mungkin ada para peserta tak mengendahkanpun perkara ini. Tetapi bagi kami pengurus projek bersoal jawab selepas kecelakaan ini adalah tanggungjawab yang lebih memenatkan dan memeningkan!

1 comment:

Hasrina Baharum said...

Sayang bukan, dah tak ada lagi program-program begini di peringkat pusat! Tinggal kenangan semuanya.

Arkib