Bagi sesetengah orang hari jadi amat penting diingati dan dirai. Buat party dan nyanyi-nyanyi. Jika dicerita hal menyambut hari jadi ni rasanya aku bukan tergolong dalam kumpulan itu. Malah aku sering berkata kepada yang tersayang (isteri) supaya melupakan saja hari lahirku saban tahun!
Mula-mula kahwin dulu dia pelik juga tapi sekarang dah o.k la. Aku selalu membayangkan alangkah indah dan lebih bermakna jika setiap tahun pada hari lahir kita, kita merainya dengan ucapan doa dan penghargaan kepada ibu kita kerana beliaulah yang bersusah payah melahirkan kita pada hari lahir kita. Dan beliaulah yang paling layak menerima ucapan penghargaan yang penuh kemanisan daripada seorang anak. Kita peluk dan cium tangan mereka dan meminta mereka berdoa untuk kita agar kehidupan kita lebih dirahmati. Hari lahir padaku bukanlah sambutan untuk kita tetapi keraian untuk ibu. Bayangkan jika seorang ibu mempunyai 9 orang anak dan menerima 9 kali ucap bermakna setiap tahun. Pasti ibu gembira dan syukur.
Walaupun ada sambutan hari ibu ianya hanyalah satu episod lain. Ia keraian yang moden dan kurang diingati berbanding keraian hari lahir. Boleh kirala berapa orang yang mengucapkan happy mothers day berbanding happy birthday!
Sambutan hari lahir biasanya ada kek. Antara sebab sehingga kini aku tidak suka makan kek!
:kerana seorang ibu boleh ingat semua tarikh lahir 9 orang anak-anaknya.

No comments:
Post a Comment