
Keluarga Mat Noor. Mat Noor pernah menjadi rakan sebilik semasa aku menuntut di UPM Serdang. Ketika itu dia senior.Beza umur kami beberapa tahun juga. Sebelum di UPM dia menuntut di USM. Di UPM ketika itu sahamnya cukup tinggi. Jawatan sebagai Naib Presiden Exco Tertinggi Pelajar Kolej Kelima. Jurusannya pula Bio Perubatan. Aku pula sebagai salah seorang exco yang bekerja di bawahnya. Jurusan aku pula tidak sehebatnya. Hanya Ijazah Bahasa dan Linguistik Melayu. Terasa terlalu kecil ketika itu.
Kebetulan barangkali, isterinya itu pula adalah rakan sebilik isteriku (pada waktu itu belum lagi kawin la. Hanya kawan2) Kami semua adalah pelajar lain jurusan tapi bergabung dan dilantik menjadi exco oleh pengurusan kolej. Dan Tuhan telah menentukan. Kalaulah jodoh tidak ke mana. Dan kami bersyukur kerana telah sama-sama berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang. Pada hari raya baru-baru ini Mat Noor mengunjungi kami sekeluarga dalam suasana yang terimbau kenangan.
No comments:
Post a Comment