Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

19.10.06

Tafsirlah Pada Jauh Perjalanan Lebaran

Lebaran hampir mengunjung. Pada waktu ini anak-anaklah menjadi golongan yang periang dan gembira.

Pengembaraan balik kampung tahun ini bermula dari Kelantan (tempat kami bekerja) Kemudian ke Perak (kampung saya) kemudian sehari sebelum hari raya ke Muar, Johor. Ke kampung isteri. Cukup jauh perjalanannya. Tetapi rutin. Saban tahun untuk hari raya, saban bulan juga untuk hari-hari biasa kami kerap pulang di kedua2 negeri. Yang mana dulu dan kemudian itulah yang digilirkan. Padaku amat tidak bererti kita dilahirkan sebagai anak jika nak pulang ke kampung jenguk ibu bapa pun tidak mampu.Mak pernah geleng kepala apabila lihat aku sampai rembang petang di Perak dari Johor dan esok lepas subuh tergocoh-gocoh bertolak ke kota Bharu untuk kembali bertugas dengan anak dan isteri yang masih gagal membuka mata. Kereta dan jalan raya memang seperti menjadi rumah kedua kami. Kami pernah terperangkap dalam pemanduan hampir 24 jam semasa jalan sesak dan banjir besar di Kelantan dan Terengganu. Itulah kenangan seorang perantau yang tidak dapat dilupakan.

Karenah anak menjadi keriangan pasti. Anak sulungku INSANUL KAMIL (2 tahun) sudah pandai bermain mercun dan memilih capal sendiri untuk hari rayanya. Aku cukuplah sekadar-sekadar sahaja. Isteri pula tidak boleh bergaya sangat kerana bakal menyambut kelahiran anak kami yang ke dua tidak lama lagi. Cuma harapku pada Tuhan agar dibekalkan kesihatan dan kesejahteraan dalam perjalanan kegembiraaan yang jauh itu nanti.

No comments:

Arkib