Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

7.9.06

Mencinta Ilmu

Pencarian ilmu ada di mana-mana dengan usaha dan niat memperkaya minda kita berkelana ke mana sahaja demi ilmu. Hang Tuah misalnya pun ngembara ke gunung Ledang untuk berguru dan mencari ilmu. Dari apa yang kita peroleh itu biarlah biarlah berkat. Biarlah bermanfaat.
Sebagai manusia yang mencinta ilmu, amat wajar kita menghargai sumber ilmu. Lebih-lebih lagi yang diperoleh percuma. Sehebat mana pengetahuan kita menguasai sesuatu bidang pasti ada lagi dari cabang-cabangnya yang belum kita terlintas mata secara sedar atau sebaliknya. Kita sebenarnya tidak sempurna dan serba kekurangan. Amat malanglah bagi umat manusia yang merasai diri mereka cukup berilmu dan enggan menerima sebarang tunjuk ajar lagi....

2 comments:

rozais al-anamy said...

salam. Tahniah atas kewujudan blog ini, Zam.

sesungguhnya ilmu yang kita miliki hanyalah umpama sezarah debu di atmosfera kemahaan-Nya.

Hani said...

Salam buat encik azam :) Selamat berblog, selamat berkongsi ilmu.

HaniHamsyari

http://www.e-komuniti.com/esasterawan/1.asp?uid=86 (laman di eSasterawan)

Arkib