Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

23.9.06

Membawa Erti Setiakawan

Dalam hidup yang singkat ini cubalah kita menanggapi erti sebuah setiakawan yang tulus. Dari kesumat,curiga,dosa,ikhlas,jujur dan pengorbanan dimanakah kita sebagai insan? Bertemu dan berpisah, bercinta dan terluka,kemudian cuba kita lihat pula maksud kerjasama,bertegur sapa,tidak berkira dimana-mana yang perlu,bantu-membantu dan nasihat-menasihati. Telusuri maksud akrab dan ikhlas dengan mata hati, kita akan menemui erti dan realitinya dengan sendiri.
Siapakah antara kita yang benar-benar tulus menanggapi makna setiakawan?atau sekadar-sekadar mengakrabi kita dengan niat dan hasrat yang terselindung!Tuhan Maha Mengetahui dan hati kita perlu suci!

No comments:

Arkib