Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

4.9.06

Kami Bersaudara di Mana-mana Saja


Pengakap:
"Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya
akan taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Menolong orang pada setiap masa dan menurut undang-undang pengakap."
"Suci Fikiran, Suci Perkataan, Suci Perbuatan"
Dilatih menjadi seorang pengakap yang menghayati perlembagaannya yang murni sejak di umur kanak-kanak menjadikan aku lebih mengenal diri sendiri. Setelah kini, hampir puluhan tahun berlalu pastinya aku masih gagal membuang segala cinta dan rakan berpengakap. Manis dan harumnya terus semerbak walaupun pernah hanya meminum air sungai dan telur mentah saban hari semata untuk menyudah ujian taraf tertinggi dalam arena pengakap remaja yang mampu membunuh itu. Anugerah Pengakap Diraja. Anugerah yang ditandatangani oleh 9 Raja-raja Melayu. Anugerah yang didam-idamkan sekian waktu.
Kita pernah terlena atas hijau rumput dan sejuk embun pagi dalam nafas malam yang sesepi gua yang pada malamnya turut menyimpan seribu rahsia setiakawan.
Rasanya paling kurang kita telah melengkapkan hampir 50 malam dengan berkhemah untuk Lencana Usaha, Maju, Jaya, Perkhemahan Pra Diraja,Pentarafan Pengakap Diraja dan berkhidmat dalam perkhemahan lain sebagai penguji dan urus setia di setiap daerah bermula tingkatan 1 hingga 5. Itu belum lagi dicampur dengan malam-malam perkhemahan jambori dan kelayakan 8 sijil kepandaian serta 5 sijil Lencana Tertinggi. Aku masih rindu akan gadjet,ponco,simpulan, ikatan,kompas silva,plaster cast,backwoods,buku log,skaf,kawad kaki,kawad tongkat,flying fox,berkeno,kembara,pelita ayam,malam budaya, tarian dabus dan pelbagai lagi yang tak mampu disebutkan disini.
Anugerah itu akhirnya milik kita. Kurniaan dari DYMM Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan tahun 1998. Ingatan juga buat Mohd Ismail (Wah) Faizal Kudos (Peja) yang diterima menjadi tentera laut dengan kuasa sijil Pengakap Diraja yang sebesar tingkap itu. Juga rakan-rakan satu angkatan Mohd Asrul Hisham (Mengkiak) dan Shamsul Jefri (Thunder Black) yang kini masing-masing telah berkeluarga.
Apa khabar kalian yang pernah menganggotai kumpulan 08 Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan? Seperti air sungai di Kem Kota yang masih terus mengalir dengan rerumput hijau yang tetap setia menadah dingin embun pagi saban hari. Masihkah kalian seperti dulu?

No comments:

Arkib