Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

5.9.06

Guru

Antara ungkapan paling manis "bimbing saya cikgu..." dan sapaan "Bila cikgu balik kampung..."
Ungkapan yang mengembalikan kenangan sebagai salah seorang pendidik di SMK Iskandar Shah, Parit Perak Darul Ridzuan. Sekolah yang juga suatu ketika dahulu aku berjuang sehabis upaya untuk sampai ke menara gading, sejarahnya aku pula pernah mengajar di tempat sama setelah kembali dari menara. Yang semua guru-gurunya termasuk tukang sapu sekolah dan peniaga kantin telah aku akrabi.
Kesempatan mendidik pelajar STPM dalam tingkatan enam atas (mata pelajaran Ekonomi Makro dan Mikro) dan kelas peralihan (Bahasa Melayu) amat cukup mengesankan kesabaran. Telah pasti ada antara mereka bergelar graduan dan sesekali apabila aku pulang ke kampung untuk membeli barang-barang dapur buat ibu di pasar atau kedai runcit ada mereka yang menyapa "Bila cikgu balik kampung..."
Manisnya bergelar guru...

No comments:

Arkib