Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

5.9.06

D.A.T


Antara peristiwa yang pernah mengejutkan keluarga apabila Abang berjaya menjadi salah seorang artis rakaman berkumpulan di Suria Records yang dinamai D.A.T.(Direct Alternatif Tempo). Aku kenal benar Abang, minat dan kebolehannya dalam muzik memang luar biasa. Bermula daripadanyalah semua kami adik beradik lelaki boleh bermain muzik.
Abang sering berulang alik dari kampung ke KL dalam proses pembikinan album.Abang juga membawakan demo album untuk kami dengari. Sebelum album dijual aku telah menghafal kesemua lagunya.Persembahan di sekolah aku bawakan juga beberapa lagu dari album itu.
Abang akhirnya menarik diri dari kumpulan dan juga dari bergelar artis. Namun tetap mencintai muzik. Pulang ke kampung pada bulan lepas kami adik beradik sempat la jamming di studio untuk beberapa jam. Muzik juga adalah seni keindahan yang sukar difahami, sama bagai seni penulisan kreatif yang telah lama menjiwai diri...Tahniah buat abang yang telah berjaya menyempurnakan cita-cita.

No comments:

Arkib