Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

8.10.10

INSAN MELAYU


Insan Melayu mengukuh jati diri

amalan di rohani nilai terpuji

cuba menghindar segala yang keji

penuh hikmah berhati-hati.

Tabah, berani, hormat menghormati

akal budi tunjang abadi

peradaban Melayu khazanah diri

tetap berkilau menghiasi peribadi.

Wira Melayu suci fikiran

ingin dijauhi kepentingan sendiri

berjiwa pejuang, cinta kebenaran

laksamana bangsa ingin kucari.

Sejarah panjang sebuah persuratan

berakar bestari berpohon sejahtera

menjana ilmuan zaman berzaman

Minda Melayu memperkasa bangsa.

Melayu insanku

dari senjata kebenaran

bangkitlah bersaksi

menewas seteru Melayu

membunuh cemburu-nafsu

hidup dalam sanubarimu

sekian waktu.

Aku Melayu merindu

agung dalam saf juang yang satu

teguh berpadu menakhoda zaman

cekal merentas badai cabaran.

SYAIDUL AZAM KAMARUDIN

Pulai Indah, Johor.


Mingguan Malaysia

29.8.10

4 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Sahabat,
Paparan puisi yang bermutu dan beerti serta puisi sahabat tetap prolifik.

Anonymous said...

sfycbglad http://crush-the-castle.com Crush The Castle

Anonymous said...

txrwvzajl [url=http://ricostrong.net]Rico The Destroyer[/url]

Anonymous said...

Hi, Merely came back here to remind you regarding Mobile Monopoly. It is a great system and WILL make you money, especially seeing as you own a website. Take a quick look at their video, the system is about using Mobile Advertising which is brand new and an unexposed marketplace where you can make thousands by doing hardly any work. I promise you that after you watch their short video it will change you and it will start making you think. http://mobile-mastermind.com

Arkib