Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

24.1.07

PEMUZIK

Entri ini kutulisi di kampung ketika renyai hujan sedingin salju jatuh menimpa jendela kamar malam. (semasa cuti, tapi lambat dimasukkan dalam blog),

Beberapa hari lalu kami berkunjung ke studio. Aku, adik , abang dan seorang rakan lama untuk bermain muzik. Sebenarnya sekadar melepaskan tekanan bekerja dan memenuhi minat. Tidak lebih dari itu. Ramai orang berpandangan buruk pada pemuzik. Namun padaku yang jahil ini, pemuzik juga perlu mempunyai pegangan dan pendirian yang kukuh dalam perihal iman dan akidah. Tentang pandangan orang terserahlah, kerana kita mencari pandangan Allah.

Aku juga amat kurang senang dengan mereka yang fanatik muzik sehinggakan melupakan solat dan kewajipan2 lain. Malah aku cukup tidak gemar jika ada pemuzik memukul drum, memetik gitar, dan mengalunkan suara nyanyian ketika azan bergema. Ia seolah-olah memberi nama dan tanggapan buruk kepada semua pemuzik.

Antara minat dan kewajipan. Antara Tuhan dan nafsu. Pilihlah satu yang paling utama dalam sesuatu waktu. Tiada lain yang paling utama selain Allah SWT.

No comments:

Arkib