Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

1.11.06

Sekadar Bertanya...

Sekadar bertanya. Adakah anda percaya akan sihir? Jika anda terkena sihir, apakah yang anda akan dan ingin lakukan? Apa yang boleh dikatakan dari kata-kata orang lama, jika terkena ilmu bangsat ini hidup tidak keruan. Lantas kutulisi puisi HIDUP PUN SEPERTI KEMATIAN yang pernah tersiar di Mingguan Malaysia suatu waktu dahulu. Bunyinya begini:

Yang kaukirimkan hanya lagu perasaan
jauh dari titian keinsanan
menilai kelopak-kelopak jarahan
sedar pun mengelupar
terkapar!

Semilir membisik gemersik
pada jerit kasih mengusik
rebah harap sembunyi rahsia
bangun menutup pintu cahaya.

Kulihat wajahnya kian rentung
hangus dibakar impi yang semakin menghujung
lorong sunyi diriuhi tempikan kalbu
rindunya ditikam pusar menderu
selimut tabahnya jadi debu
kata janjinya diburu.

Dan hidup pun seperti kematian.


Dan untuk mereka yang mengamalkan ilmu syaitan, kalau mereka rasa diri merekalah segalanya. Hiduplah dalam dunia mereka sepuasnya.

No comments:

Arkib